Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha 2010

Masjid Jamek Bandar Jementah mengucapkan  selamat hari raya aidil adha yang ditetapkan pada hari rabu, 17 November tahun 2010 bersamaan 10 Zulhijjah  1431.
                   

Pengumuman / Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2010 telah di tetapkan pada 17 Nov 2010 iaitu bersamaan 10 Zulhijjah 1431 iaitu hari rabu.
Berikut adalah petikan pengumuman / Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2010 oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja  :-

"Assalamualaikum w.b.t. bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong setelah diperkenankan oleh Dulu-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidil adha bagi negeri-negeri seluruh Malaysia, telah ditetapkan pada hari rabu, 17 November tahun 2010 bersamaan 10 Zulhijjah  1431. sekian wassalamualaikum w.b.t"
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar dari peristiwa ini dan sama-sama menyertai ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha kali ini
Orang ramai dijemput hadir untuk majlis seperti berikut:-                                                                
Acara majlis di Masjid Jamek Bandar Jementah 17.Nov.2010
            Masa : 7.00  -  Takbir Hari Raya
                       : 8.30  -  Solat Hari Raya Aidil adha
                                   -  Khutbah Hari Raya
                                   -  Tahlil Dan Doa Selamat
                                   -  Jamuan Hari Raya Aidil adha (Di dewan Masjid)
                                   -  Bersurai
                               
                                                                              

No comments: