Sunday, December 5, 2010

Solat sunat sebelum maghrib?








Tidak ada dalil larangan solat sunat sebelum maghrib.Boleh dilakukan sekiranya mahu  tetapi bersyarat , iaitu tidak boleh melazimkan melakukannya pada setiap hari , kerana dikhuatiri menjadikannya solat sunat rawatib yang muakkad.
Ini kerana memang ada dalil hadis Nabi saw yang menyuruh solat 2 rakaat sebelum maghrib yang mana dalam hadis tersebut dikatakan boleh solat 2 rakaat bagi yang ingin solat dan dikatakan tidak boleh ianya dianggap sebagai solat sunat rawatib (HR Bukhari , no : 1183)

Perbahasan Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib
Ulama berselisih pendapat mengenai solat 2 rakaat sebelum Maghrib. Ada ulama yang mengatakan bahawa tiada ada solat sunat sebelum solat fardu Maghrib. Ini diasaskan kepada larangan bahawa tidak ada pendirian solat selepas menunaikan fardu Asar sehingga masuk waktu Maghrib.
Ada ulama membolehkan solat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib ini, berasaskan dalil berikut : Dari Abdullah bin Mughaffal Ra. ia berkata: Nabi SAW bersabda, “Di antara azan dan iqamah ada solat, di antara azan dan iqamah ada solat (kemudian di kali ketiga beliau berkata:) bagi siapa yang mau.” Beliau takut hal tersebut dijadikan oleh orang-orang sebagai keharusan. (Bukhari dan Muslim)
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. bahawa dia berkata, Nabi s.a.w bersabda; " Di antara azan dan iqamah itu ada sembahyang bagi sesiapa yang hendak melakukannya. Baginda s.a.w mengulanginya tiga kali."
Dan dalam riwayat Abu Daud, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat.” Kemudian beliau bersabda, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat bagi yang mahu.” Beliau takut orang-orang akan menjadikannya solat sunnah. (Abu Daud)
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu hukumnya tidak sunat. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah Imam Malik (pengasas mazhab Maliki). Bahkan ulama seperti Imam An-Nukha'i berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu bid'ah (baca kitab Syarah Sahih Muslim, Juz VI, halaman 123; dan kitab Nailul Authar, Juz I, halaman 407) Mereka berpendapat demikian, berdalil kepada sebuah hadis riwayat Ibnu Umar di bawah ini : Dari Thawus, ia berkata, "Ibnu Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib. Beliau menjawab, "Saya tidak melihat seorangpun pada masa Rasulullah Saw. yang melakukannya. (Riwayat Abu Dawud; Kitab Sunan Abu Dawud, Juz II, halaman 26)
sekarang mari kita lihat perbahasan dan dalil-dalilnya.

وعن عبدالله بن مغفل المزني قال النبى صلى الله عليه وسلم؛ صلوا قبل المغربى . صلوا قبل المغربى . ثم قال فى الثالث ؛ لمن شأ كراهية ان يتخذهاالناس سنة: رواه البخا ري وفي رواية لأبن حبان ؛ ان النبى صلى الله عليه وسلم صلوا قبل المغربى ركعتين.

Dari Abdullah Bin Mungappal Almuzani Radhiallahuanhu dari Nabi S.A.W. beliau bersabda; solat sekalian sebelum maghrib, solat sekalian sebelum maghrib, kemudian beliau bersabda kali yang ketiga,
Hadis, 367 dari kitab Subulussalam (Syarah BulughulMaram) Karangan Sheikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.

ولمسلم: عن انس ؛ كنا نصلى ركعتين بعد غروب الشمس , وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرانا , فلم يأ مرنا ولم ينهنا .
Berdasarkan Riwayat muslim dari Anas, Kami selalu Solat dua rakaat setelah terbenamnya matahari , sementara Rasulullah menyaksikan kami, beliau tidak memerintah kami dan tidak melarang kami.

Berdasarkan hadis ini bermakna solat sunat sebelum maghrib juga ditetapkan secara takrir.
DALIL yang menjelaskan solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu Maghrib, jelas disebut dalam beberapa hadis. Ini termasuk Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Kerjakanlah solat dua rakaat sebelum solat fardhu Maghrib (iaitu sesudah azan Maghrib), kerjakanlah solat dua rakaat sebelum Maghrib!”
Pada kali ketiga, Baginda menambah: “Bagi sesiapa yang mahu (tambahan ini), ” kerana Baginda SAW tidak mahu kalau orang menjadikannya sebagai kebiasaan.
Imam Bukhari , Muslim dan an-Nasa’I meriwayatkan juga bahawa sahabat Nabi, Anas bin Malik menjawab ketika ditanya oleh al-Mukhtar al-Muqaffal, “Apakah Nabi mengerjakan solat dua rakaat selepas masuknya waktu Maghrib dan sebelum solat fardhu Maghrib? Anas menjawab: “Baginda melihat kami mengerjakan solat, tetapi Baginda tidak menyuruh dan tidak juga melarang kami.”
Ada sepuluh rakaat solat sunat yang berkait dengan solat wajib yang amat dianjurkan, iaitu: dua rakaat sebelum solat Subuh, Zuhur, dan Asar serta dua rakaat sesudah Maghrib dan Isyak.


Kita sewajarnya akur bahawa solat sunat sebelum maghrib sememangnya termasuk dalam 'khilaf' di antara ulama', justeru, kita hendaklah berlapang dada dengan sesuatu pendapat yang lain walaupun pendapat tersebut tak sama dengan pegangan kita. Jangan hanya kerana taksub dengan sesuatu pendapat, kita terus menyalahkan amalan orang lain tanpa usul periksa.

Para ulama' yang menyatakan bahawa solat sunat dua rakaat sebelum maghrib termasuk dalam amalan sunat mempunyai dalil dan hujah, dan bukanlah pendapat mereka itu hanya membuta tuli sahaja. Sebagai contohnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: Solatlah kamu sebelum (solat) maghrib dan perkataan ini diulang oleh Rasulullah sebanyak tiga kali dan pada kali ketiga nabi menyatakan 'bagi sesiapa yang mahu mengerjakannya'. Manakala dalam hadis riwayat Muslim pula telah menyatakan bahawa Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: 'Adalah kami (para sahabat) menunaikan solat dua rakaat sesudah terbenam matahari (sebelum solat fardhu maghrib), dan adalah nabi saw melihat kami, tetapi nabi tidak menyuruh dan tidak pula melarang'.
"Semasa  di madinah,muazzin menyerukan azan untuk solat maghrib.orang ramai segera ke tiang-tiang lalu masing-masing bersolat dua rakaat hingga orang asing yang baru masuk ke masjid menyangka solat telah selesai disebabkan ramai yg melakukan solat dua rakaat tersebut".

Kesimpulannya, solat sunat dua rakaat sebelum maghrib adalah sunat berhujahkan hadis 'qawli' (perkataan nabi), dan 'taqririy' (persetujuan atau pengakuan nabi terhadap amalan para sahabat). (Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kitab Subulus Salam syarah kepada Bulughul Maram, cetakan Maktabah Islamiah, Jordan tahun 2005 / 1426 H, halaman 296-297).

1 comment:

meenakshiroy said...

Delhi Escorts We provide Call Girl service by Independent College Girls, Models with a genuine photos & profiles. To book Call Girls In Delhi contact +91-9999965857.visit my blog:-
Dasna Escorts &&
Faridabad Escorts &&
Ashok Nagar Escorts &&
Ashok Vihar Escorts &&
Chanakyapuri Escorts &&
Chandni Chowk Escorts &&
Chattarpur Escorts &&
Cr Park Escorts &&