Friday, April 22, 2011

Tinggallah kenangan

Lama tidak mengemaskinikan blog ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.Tumpuan kepada kerja harian, pantasnya masa tidak dapat ku kejar ditambah pula kini aku berpindah ke kawasan yang agak jauh dari mukim ini.

Jangkaan ku akan berpindah balik ke tempat asalku iaitu Scudai Johor Bahru. Sejak awal Januari desas desus mengatakan berlaku perpindahan ke JB. Persiapan sedikit-sedikit dilakukan untuk balik ke JB bagi memudahkan kerja-kerja ku, rupa-rupanya apa yang dijangkakan jauh tersasar dari apa yang diduga.
Perpindahan bermula 1hb April 2011 itu yang dimaklumkan.Kini aku menetap di tempat yang agak baru dalam hidupku iaitu antara 1 jam lebih perjalanan dari Johor Bahru.

Semua jawatan yang aku pegang telah aku lepaskan memandangkan aku kini tidak lagi menetap secara tetap di kawasan Segamat Aku melepaskan jawatanku sebagai AJK masjid dan jawatan Setiausaha Biro Pengimarahan Masjid.Jawatan sebagai Pegawai Masjid dimana aku di antara imam yang sering bertugas menggantikan Imam 1.  Aku berpindah ke satu kawasan yang tidak pernah aku fikirkan.Perpindahan secara berperingkat aku lakukan dan rasanya tidak perlu tergesa-gesa. Aku punya perniagaan di Segamat, aku rasa biarlah ianya diteruskan oleh pembantu yang telah sedia ada.

Hari terakhir aku membaca Khutbah di mimbar jumaat 15hb April 2011 bertajuk "Peranan masjid' moga-moga apa yang aku sampaikan itu merupakan satu nasihat kepada diri ini dan untuk hadirin jumaat pada hari itu akan kekal tersemat di hati mereka..insya Allah. Hari-hari mendatang imbasan silam akan menjelma lebih-lebih lagi bila bulan puasa pastinya, solat teraweh, tadarus, takbir hari raya dimana aku diantara pegawai masjid yang mengepalainya.Moga-moga pengganti yang dilantik mengganti tempat ku nanti pastinya lebih berilmu dan tinggi ketakwaannya serta istemewa dari diri ini  yang serba kekurangan dan masih memerlukan tunjuk ajar dari mereka yang berilmu.

Kenangan manis sepanjang di Segamat dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran secara bertalqi dengan mementingkan bacaan secara bertajwid. Kalangan pelajar di antaranya telah menjadi guru  Quran di kawasan-kawasan mereka. Di kalangan mereka juga ada yang meneruskan pengajian Quraan di Institusi yang lebih tinggi untuk hafazan dan ilmu soraff (bahasa Quraan).

Agak terkilan  terpaksa menyerahkan  pelajar( anak sahabat saya Lect UiTM)  yang belum tamat bacaan kepada guru Quraan yang lain , iaitu ibu saudara saya (tauliah mengajar Pj Agama Sgmt). Harapan saya apa yang dipelajari dapat dimunafatkan kepada masyarakat setempat dan beroleh keberkatan dari Ilahi.

No comments: