Wednesday, December 8, 2010

Bulan Muharram Tahun Hijriyah dan Doa Awal dan akhir Tahun


"Bagaimana hukum yang berkenaan dengan ‘ucapan selamat’ saat memasuki tahun baru hijriyah, dan bagaimana tanggapan (kita) atas mereka yang menyambut (tahun baru Hijriyah) tersebut?

Jawaban : 
Jika seseorang memberikan ucapan selamat kepada anda, kemudian bereaksi terhadap dia, tetapi seseorang tersebut tidak memulainya;maka ini adalah sikap yang benar dalam kasus ini. Jika seorang laki-laki, sebagai contoh, berkata : "Kami ucapkan selamat tahun baru (hijriyah)," maka katakan, "Semoga Allah memberikan kebaikan kepada anda dan menjadikannya sebagai tahun kebaikan dan barakah." Namun, jangan engkau memulai sendiri (ucapan ini), sebab saya tidak mengetahui hal ini datang dari pendahulu (Salafus Sholih) kita, dimana mereka dulu memberi selamat satu sama lain untuk tahun baru. Bahkan, (saya) mengetahui bahwa Salaf tidak mengambil Muharram sebagai bulan pertama tahun hijriyah, kecuali setelah kepemimpinan Umar bin Khattab, semoga Allah merahmatinya. (Syaikh Muhammad Sholih Al Utsaimin)

 Amalan Keliru dalam Menyambut Awal Tahun Hijriyah
Amalan Pertama: Do’a awal dan akhir tahun
Amalan seperti ini sebenarnya tidak ada tuntunannya sama sekali. Amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat, tabi’in dan ulama-ulama besar lainnya. Amalan ini juga tidak kita temui pada kitab-kitab hadis atau musnad. Bahkan amalan do’a ini hanyalah karangan para ahli ibadah yang tidak mengerti hadis.
Yang lebih parah lagi, fadhilah atau keutamaan do’a ini sebenarnya tidak berasal dari wahyu sama sekali, bahkan yang membuat-buat hadis tersebut telah berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya.
Jadi  amalan seperti ini ditegah diamalkan.
Amalan kedua: Puasa awal dan akhir tahun
Sebahagian orang ada yang mengkhsuskan puasa dalam di akhir bulan Dzulhijah dan awal tahun Hijriyah. Inilah puasa yang dikenal dengan puasa awal dan akhir tahun. Dalil yang digunakan adalah berikut ini.
مَنْ صَامَ آخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِي الحِجَّةِ ، وَأَوَّلِ يَوْمٍ مِنَ المُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَصَوْمٍ ، وَافْتَتَحَ السَّنَةُ المُسْتَقْبِلَةُ بِصَوْمٍ ، جَعَلَ اللهُ لَهُ كَفَارَةٌ مَ السَّنَةَ المَاضِيَةَ بِخَمْسِيْنَ سَنَةً
“Barang siapa yang berpuasa sehari pada akhir dari bulan Dzuhijjah dan puasa sehari pada awal dari bulan Muharrom, maka ia sungguh-sungguh telah menutup tahun yang lalu dengan puasa dan membuka tahun yang akan datang dengan puasa. Dan Allah ta'ala menjadikan kaffarot/tertutup dosanya selama 50 tahun.”
Lalu bagaimana penilaian ulama pakar hadis mengenai riwayat di atas:
  1. Adz Dzahabi dalam Tartib Al Mawdhu’at (181)  mengatakan bahwa Al Juwaibari dan gurunya –Wahb bin Wahb- yang meriwayatkan hadis ini termasuk pemalsu hadis.
  2. Asy Syaukani dalam Al Fawa-id Al Majmu’ah (96) mengatan bahwa ada dua perawi yang pendusta yang meriwayatkan hadis ini.
  3. Ibnul Jauzi dalam Mawdhu’at (2/566) mengatakan bahwa Al Juwaibari dan Wahb yang meriwayatkan hadits ini adalah seorang pendusta dan pemalsu hadis.
Kesimpulannya hadis yang menceritakan keutamaan puasa awal dan akhir tahun adalah hadis yang lemah yang tidak boleh dijadikan dalil dalam amalan. Sehingga tidak perlu mengkhususkan puasa pada awal dan akhir tahun kerana hadisnya jelas lemah.
Amalan Ketiga: Memeriahkan Tahun Baru Hijriyah
Merayakan tahun baru hijriyah dengan pesta kembang api, mengkhususkan dzikir jama’i, mengkhususkan solat tasbih, mengkhususkan pengajian tertentu dalam rangka memperingati tahun baru hijriyah, menyalakan lilin, atau  membuat pesta makan, jelas adalah sesuatu yang tidak ada tuntutannya. Kerana penyambutan tahun hijriyah semacam ini tidak pernah dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman, ‘Ali, para sahabat lainnya, para tabi’in dan para ulama sesudahnya. Yang memeriahkan tahun baru hijriyah sebenarnya hanya ingin menandingi tahun baru masehi yang dirayakan oleh Nashrani. Padahal perbuatan semacam ini jelas-jelas telah menyerupai mereka (orang kafir). Secara jelas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bahagian dari mereka.
Penutup
Menyambut tahun baru hijriyah bukanlah dengan memperingatinya dan memeriahkannya. Namun yang harus kita ingat adalah dengan bertambahnya waktu, maka semakin dekat pula kematian.
Sungguh hidup di dunia hanyalah sesaat dan semakin bertambahnya waktu kematian pun semakin dekat. Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا لِى وَمَا لِلدُّنْيَا مَا أَنَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا
Aku tidaklah mencintai dunia dan tidak pula mengharap-harap darinya. Adapun aku tinggal di dunia tidak lain seperti pengembara yang berteduh di bawah pohon dan beristirahat, lalu meninggalkannya.
Hasan Al Bashri mengatakan, “Wahai manusia, sesungguhnya kalian hanya memiliki beberapa hari. Tatakala satu hari hilang, akan hilang pula sebagian darimu.
Semoga Allah memberi kekuatan . Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.


Sumber Doa Awal dan Akhir Tahun

Diantara amalan yang sangat masyhur di kalangan masyarakat kita setiap tahun, adalah bacaan doa beramai-ramai pada setiap awal dan akhir tahun Hijrah.

Diriwayatkan bahawa diantara fadhilat membaca doa tersebut adalah hadis yang bermaksud:

"Barangsiapa membacanya syaitan akan berkata: Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia (pembaca doa berkenaan) merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut).”

Mengenai kata-kata tersebut, Jamaluddin al-Qasimy telah menerangkan bahawa ianya ini tidak diriwayatkan di dalam sebarang kitab-kitab hadis yang bersanad, dan tidak juga di dalam kitab-kitab hadith maudhu’aat (palsu). (Islahul Masajid: 108). Maka ia bukankan daripada kata-kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ .

Sebaliknya, apa yang nyata adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ , para sahabat dan para tabiin tidak pernah mengamalkan doa tersebut.

Ini telah diakui sendiri oleh beberapa para ulama seperti Abu Syamah (seorang ulama Syafie wafat pada tahun 665H), Mohd Jamaluddin al-Qhasimy (Islahul Masajid-129), Muhammad Abdus Salam as-Shuqairy (As-Sunan wal Mubtadaa’at-167), dan Dr Bakr Abu Zaid (Tashihud Doa-108), yang menegaskan bahawa “Doa awal dan akhir tahun” tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ , para sahabat, tabiin, atau tabi’e tabiin.

Didalam perkara ini, kita haruslah berhati-hati, kerana sekiranya seseorang yang telah mengetahui bahawa sesuatu hadith itu palsu tetapi tetap meriwayatkannya sebagai hadis, maka dikhuatiri akan tergolong di dalam ancaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ :

“Barangsiapa yang melakukan penipuan (pemalsuan hadis) keatas diriku dengan sengaja, maka bersedialah suatu tempat untuknya di dalam neraka.” 

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ bersabda:

“Barangsiapa yang meriwayatkan dariku sepotong hadis sedangkan dia tahu ianya palsu maka dia adalah salah seorang pembohong.”(Riwayat Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya: 1/62).

Kemudian, ada sebahagian golongan pula yang berdalih bahawa doa tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada amalan para solafus soleh kerana fadhilat doa tersebut ada di terangkan di dalam kitab “Majmuk as-Syarif”, tetapi bukan di dalam bentuk hadis.

Perkara ini sangatlah mengelirukan dan membahayakan kerana diantara fadhilat doa tersebut diriwayatkan bahawa akan diampunkan dosa-dosanya setahun yang lalu dan kononnya syaitan akan berkata:

"Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut)." 

Ini semua adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh di-imani kecuali daripada sumber wahyu iaitu AlQuran atau sunnah. Oleh kerana, AlQuran dan sunnah tidak menyebutkan fadhilat-fadhilat tersebut, maka bagaimanakah boleh seseorang mengetahui bahawa syaitan berkata demikian dan sebagainya dan beriman dengannya?


Unsur-Unsur Syirik Doa Awal Tahun




“Tusrafu bi wajaahatihi jamieul mashaa-ib”
Ertinya: dan dengan kedudukannya (baginda Nabi Muhammad) tertolak segala musibah.

“Wa bi haqqi sayyidinaa Muhammad wa bihaqqi man lahu wajaahatun ‘indak min jamie’i kholqika an taghfira adz-dzunuuba kullahaa..”
Ertinya: dan dengan hak penghulu kami Muhammad dan dengan hak setiap yang punya kedudukan tinggi di sisi Mu dari sekelian makhlukMu agar Engkau ampunkan segala dosa…

Ini dinamakan “Tawassul bid’ah” bahkan yang boleh menjatuhkan pelakunya ke kancah syirik.

Sila rujuk kitab/buku terbitan pihak Majlis Ugama Islam Singapura; “Noktah Hitam ajaran sesat di Singapura”: halaman: 25 perkara ke-78:

“Wasilah yang diperintahkan di dalam Al-Quran ialah apa yang mendekatkan seseorang kepada Allah iaitu berupa amal ketaatan yang disyariatkan. Tawassul pula ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan cara-cara tertentu. Adapun Tawassul ada tiga macam:

a. Masyru’ iaitu tawassul kepada Allah dengan Asma’ dan Sifatnya, dengan amal salih yang dikerjakannya atau melalui doa orang salihin yang masih hidup.

b. Bid’ah iaitu mendekatkan diri kepada Allah dengan cara yang tidak disebutkan dalam syariat, seperti tawassul dengan peribadi para nabi dan orang-orang salih, dengan kedudukan mereka, kehormatan mereka dan sebagainya.

c. Syirik iaitu bila menjadikan orang-orang yang sudah meninggal sebagai perantara dalam beribadah, termasuk berdoa kepada mereka, meminta hajat dan memohon pertolongan daripada mereka.”

Sila rujuk beberapa kitab Tauhid karangan para Imam Ahlis Sunnah wal Jama’ah yang ada menyebutkan nash para Imam Ahli Sunnah wal Jama’ah seperti Imam Asy-Syaafi’ee, Imam Maalik, Imam Abu Haniefah, Imam Ahmad dan lain lagi.

Kata Imam Abu Haniefah رحمه الله (ertinya):
“Adalah dibenci jika seseorang berdoa dengan mengatakan: Aku memohon kepada Mu dengan hak si fulan atau hak Nabi-nabi Mu dan hak Rasul-rasulMu atau hak Al-Bait Al-Haraam dan Al-Masy’aril Haraam”
(Sila rujuk: “Syarh Al-‘Aqiedah Ath-Thohaawiyah hal 234, Ittihaafus Sa’aadaat Al-Muttaqien jilid II, hal 285, Syarh Al-Fiqh Al-Akbar: hal 198. )


Kesimpulan

1) Daripada penjelasan ringkas diatas, kita akan sedari bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ , para sahabat serta para tabi’in tidak pernah membaca doa-doa awal atau akhir tahun.

2) Fadhilat doa-doa tersebut bukanlah daripada kata-kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan bukan juga daripada kata-kata para sahabat. Yang lebih memberatkan lagi, ianya mempunyai ilmu-ilmu ghaib dimana umat Islam tidak boleh beriman dengan perkara-perkara ghaib kecuali ianya mempunyai nas daripada sumber-sumber syar’ie.

3) Berdoa adalah sesuatu ibadah yang sangat dituntut oleh syarak, namun doa awal dan akhir tahun yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Malah, dilarang mereka-reka dalam agama dengan mengkhususkan sebab, masa dan tatacara sesuatu ibadah.

4) Sebahagian kandungan doa ini bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul صلى الله عليه وسلم‎ .

5) Kami menyeru agar masyarakat Islam yang ikhlas dan berakal berlepas diri daripada adat membaca doa awal dan akhir tahun yang telah nyata tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ mahupun para sahabat, walaupun ia dilakukan oleh sebahagian tokoh-tokoh agama.

6) Kami juga menyeru agar para ahli agama yang berkedudukan, imam-imam serta aktivis-aktivis masjid dan pertubuhan Islam agar sentiasa bersikap prihatin dan peka sekiranya ingin mengadakan sesuatu majlis. Ini adalah agar amalan-amalan tersebut tidak bertentangan dengan AlQuran atau ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم‎ dan semoga ianya diterima oleh Allah sebagai sesuatu yang diredhoinya di dunia dan di akhirat.

"Leaders must have the conviction to do what is right and not what is popular, even if it costs them political points", said Deputy Prime Minister Wong Kan Seng. (ST 8/12/09)

Lakukanlah yang benar, bukan sekadar menyokong secara jahil sesuatu yang masyhur hanya ingin mengekalkan pangkat dan kedudukan supaya diterima oleh masyarakat dan pemerintah sebagai agamawan arus perdana.


Doa Awal Bulan Dari as-Sunnah
Hadis: "Doa Melihat Bulan Tanggal Satu"
(Sumber: Hisnul Muslim oleh Sheikh Sa'eed Ibn Wahf al-Qathani) 

اللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ، وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Nampakkan bulan tanggal satu itu kepada kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufiq untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”
[ Hadith Riwayat At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadis yang sama 1/336 dan lihat Shahih at-Tirmidzi 3/157.]

Doa ini bukan khusus untuk bulan Muharram semata-mata, ianya boleh dibacakan setiap awal bulan dalam kalendar Hijrah, sesuai dengan petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ .

Maka, benarlah kata-kata Ibnu Abbas رضي الله عنه‎:

"Tidaklah datang kepada manusia satu tahun kecuali mereka mengada-adakan satu bid'ah dan mematikan satu sunnah. Demikianlah hingga berkembanglah bid'ah dan matilah sunnah." (al-Bida’ wa nahyu ‘anha,hal. 38-39; lihat Dharuratul Ihtimam, hal. 85).

لا تعرف الحق بالرجال, أعرف الحق تعرف أهله
"Jangan Dikenali Kebenaran Itu Melalui Orangnya, Tetapi Kenalilah Kebenaran Itu Terlebih Dahulu, Maka Engkau Akan Kenal Ahlinya"





Setiap yang benar itu adalah daripada Allah.

Wallahu a'lam

3 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...
This comment has been removed by the author.
Atika Natasha said...

itu lah kan..kal0 nak baca d0a,kita kena tau mksud nye jgak..nauzubillah drp pkara syirik..

Anonymous said...

yer cik puan atika Natasha saya sokong apa yg u katakan itu...setiap doa mesti makmum atau pembaca kena faham apa yg disebutnya itu..klu tidak masuk laut je ah gamaknya